Posts

Showing posts from May, 2016

Kalau dan Tentu

Kalau hari ini tertulis takdir untukku Kalau hari ini ditarik hembusanku Kalau hari ini aku bukan aku Kalau hari ini dia bukan untukku Kalau hari ini kita tidak bertemu NESCAYA! Tentu kisah kita tidak bermula Tentu tiada suka duka antara kita Tentu kau jumpa yang lebih hebat dimata Tentu dan tentu aku tak mampu berdiri gah hari ini Sebab apa? Sebab kau untukku!

Kawan Aku

Buat sahabat Aku titipkan secebis bingkisan Bukan untuk menagih harapan atau pujian Tapi sekadar luahan seorang teman Ingat wahai SAHABAT! Kita ini baru bermula sebuah kehidupan Tempuhlah ia dengan senyuman Lakarkan ia dengan kenangan Moga bersua kita di masa depan.

Pagi

Pagi ini aku bangun Pagi ini aku bernafas Pagi ini aku baru sedar Setiap pagi aku dikejutkan oleh "dia" "Dia" tak pernah lupa untuk kejut aku Moga hari ini aku mampu bertahan Menahan diri dari berbuat "kezaliman" Mempersiapkan diri bertemu "Dia" Yang aku damba untuk berjumpa.

EXAM !

Lumrah sebagai mahasiswa Exam  menjadi keutamaan Belajar di akhir waktu. Bila kau tahu soalan yang keluar esok Confirm kau hanya tersenyum sekarang. Mana mungkin kau tahu soalan besok! Sebab itu kau digelar "pelajar" Buat semua yang diluar Bila kau belajar kerana exam Siap sedialah buat kau; Jadi "bodoh" di masa depan Jangan jadi hambanya. Orang berjaya bukan begitu prinsipnya! Ujian itu tak tentu segalanya Amalkan ilmu itu yang utama Faham dasar makna dan kata. Selamat berjuang duhai sahabat Ayuh bersama kita hadapi, EXAM !

Bila Cinta Pudar Dimata

Telah tertulis pada suatu ketika Akan dipertemukan dua insan Yang berbeza segala-galanya Pada mulanya hanya berkawan sahaja Tapi seterusnya ke alam bercinta Kisah cinta terus dilakar Dilakar dan diukir tanpa disedar Hakikat yang ada semua akan pudar Begitulah cinta mereka Menanti ketika untuk pudar Bila manis menjadi pahit Semua dibuat jadi tak kena Begitulah lumrah manusia Habis madu sepah dibuang Arghhh ... Memang begitu sifat manusia Jahat.Kejam. Selfish ! Bila cinta pudar dimata.

KENANGAN

Kenangan ? Terciptanya tanpa dipinta Adanya ia dengan sukarela Terjadinya tanpa diduga TAPI Mengapa Bila aku cuba lepakannya Ia ibarat satu bebenan yang tidak semudah ianya datang' TAPI Kenangan membuat hidup aku Umpama pohon yang mati Jiwa yang kosong Pabila aku terus dan terus ingin MELUPAKANNYA! KENANGAN KAU DURJANA!

Kau Hero Ku!

Tatkala malam menjelma Dan siang bersilih ganti Mana mungkin aku lupakan Seorang yang sering ku dambakan Kasih dan sayangnya Kau dan aku ibarat isi dengan kuku Kekayaan bukan penentu segalanya Kehebatan bukan kayu ukur hidup bahagia TAPI, Dengan adanya HERO ini Mampu buatkan hidupku sesempurna apa yang dipinta Moga suatu hari Kau akan terbaca titipanku ini HERO KU!

Rindu

Jika diberikan kesempatan Percayalah tidak akan ada apa-apa Yang mahu aku perbetulkan Jadi? Apalah gunanya kau titiskan airmata Kerana kau begitu dan aku tetap begini Biarkan saja kita terus dibuai sejarah Bukankah itu lebih mengasyikkan Dari terus bergelut derita? Percayalah Berikan ruang kepada masa Dan ia pasti akan menyembuhkan