Posts

2104 - 0708 : HLA

 Rindu Satu sebab untuk kita rindu Jarak memisahkan dua orang yang bersatu hati Percayalah cinta, Walau sejauh mana pun kita, sayang aku pada mu tidak akan berkurang  Malahan akan sentiasa bertambah  Bila dia tanya, sampai bila perasaan sayang ini boleh kekal? Jauh di sudut hati soalan itu membuatku takut Dunia yang luas terasa gelap serta merta Sebab tiada jawapan yang pasti Cuma satu yang pasti,  Orang jaga awak selagi orang boleh ya? Orang bijak sebut, "penantian itu suatu yang menyiksa" Dulu aku tak faham. Tapi bila kita berjauhan baru aku sedar Cinta bukan sekadar kau sebut "i love you" sahaja Tapi cinta adalah bila mana kau mampu tanggung rasa rindu yang berpanjangan Cinta juga bila mana kau boleh turunkan ego bila bersama dia Cinta juga bila mana kau mampu korbankan apa yang kau sayang untuk buat si dia tersenyum Cinta juga bila mana kau tak terasa penat melayan dia dan cinta juga mengajar kau bahawasanya menyukai seseorang adalah suatu nikmat anugerah Tuhan...

Ps.itu.b

 ...  Dunia ku gelap. Gelap. Ya, gelap. Masihkah ada sinar di hujung ? Aku buntu.  Wahai Tuhan,  Aku lemah. Aku tak kuat wahai Tuhan. Berat sungguh ujian-Mu. Moga aku mampu mengharunginya.

DrAH. 2,627,094 aft.

Image
 ... Aku sudah menahan diri agar tidak berlebihan, Tapi aku tak sekuat itu,  Aku hanya seorang manusia yang sedang menikmati manisnya pertemuan dengan kau. Bahkan disaat ada yang memanggil namamu,  Malah diriku turut ikut menoleh. Orang bijak kata; "Sesingkat mana pun sesebuah cerita, bukanlah mudah melupakan kenangannya".   Kerinduan tidak akan dicapai kecuali dengan kecintaan.  Dan kecintaan akan cepat usai kecuali dengan ketulusan dan ketepatan. Kenapa ketepatan?  Sebab bahagia akan datang jika kau jumpa orang yang tepat. Kau kena faham, Kalau aku tanya "apa khabar", bukan jawapan baik yang kuharapkan. Aku sebenarnya nak kau cakap "aku pun rindu kau".   Tapi takpa, aku tetap sayang kau.  Sayang yang tiada batas tempat, waktu walaupun kita takkan bertemu lagi. Percayalah, terkadang diam memberikan makna :  "Aku memerlukan kamu, hanya saja aku tidak mampu untuk mengakuinya". Tbh, aku cemburu pada orang yang boleh menatap indah wajah dan mat...

aft. 1234567890

Hari pertama kita bertemu, Tidak ku sangka semudah itu mata berkaca, Kadang-kadang Tuhan hadirkan seseorang tepat tika dan waktu nya, Tak terungkap kata-kata tatkala air mata deras mengalir, Diuji hebat dengan ujian yang melanda diri, langsung tidak pernah terlintas di benak fikiran ku. Di maki dan di buang, tidak diendah perasaan diri, Ya. Aku sendiri. Baru aku rasa betapa lemahnya berharap pada manusia, betapa luluhnya hati mendengar kata dusta dan sumpah seranah, Dari manusia yang dianggap penolong dan pendamping, rupanya tidak begitu indah. Saat itu, aku ditampar sekuat-kuatnya oleh ujian yang membuatku jatuh tersungkur ke bumi, merebah badan tidak terdaya mengharungi ujian ini. Dunia yang dahulunya semacam syurga, kini bertukar menjadi segelap-gelapnya dan sepedih-pedihnya neraka. Malamku dihujani air mata yang entah datang dari mana, membasahi pipi hingga terbit fajar mentari. Begitulah hari demi hari. Tapi,  Terima kasih Tuhan kerana Engkau berikan kekuatan sehebat ujian ini...

Hidup

Hidup ini suatu transit Kehidupan yang hakiki akan kunjung tak lama lagi Permulaan kehidupan bermula di sini Baik amal budi beruntunglah diri Buruk perbuatan tiada lah budi celakalah diri Itulah misalan untuk kehidupan ini Kalau silap merugilah diri