Rehlah Tarbiah
Di keheningan subuh, sejuk yang mencengkam Kupasrahkan semuanya dengan jalan berusaha bahawa kegetiran adalah makna bagian dari kasihNya Semoga aku masih dalam taat dan sabar. Tadinya aku berharap jika, bahkan semoga dalam balutan doa. Itu dulu, saat aku dirajai oleh harap yang tak pantas. Saat aku lupa, bahawa berharap kepada Allah adalah sebaik-baik pengharapan Aku akui, temu pisah merupakan rahsia yang tidak untuk menjadikan kita lupa bahawa yang mengaturkan segala perihal kehidupan adalah Dia Yang Maha Segala. Berpindahlah kepada perenungan, bahawa hidup adalah persinggahan, segala yang tidak kekal. Dan sungguh! Rindu tidak perlu jadi dendang murahan, yang menghiasi telinga-telinga pendengar . Bersabarlah dengan telinga mencekam, yang sakitnya akan reda saat di ujung jumpa, yang perihnya akan sirna, saat semua sudah bersua. 29.11 || MH Btw thanks sebab hantarkan orang الله يحفظك