Posts

Showing posts from April, 2018

Ibu.

Aku ada satu cerita yang kita boleh ambil pengajaran: Ada sepasang adik beradik, bapanya meninggal dunia sewaktu si abang berumur 11 tahun. Jarak antara mereka adalah 6 tahun. Hiduplah mereka bertiga dengan penuh sederhana. Si ibu bekerja sebagai peniaga dengan pendapatan sebulan lebih kurang RM 1500. Nasiblah ketika itu harga barang tak semacam sekarang.  Setiap kali sesi persekolahan bermula, anak-anak lain gembira dengan peralatan belajar yang baharu, baju sekolah yang kemas dan baharu, serta kata-kata semangat dari ayah dan ibu. Namun pasangan adik beradik ini tidak sedikit pun terkesan dek kerana didikan ibu yang kuat dan tabah. Aku respect dengan diaorang walaupun takde ayah tapi hati diaorang cekal.  And now mereka jadi orang berjaya gais, si abang bertugas sebagai pensyarah dan si adik sebagai businesswoman . Alhamdullilah. Anak; Duhai anak, Kau penguat jiwa, Kau pembakar semangat, Walau hidup dalam kekurangan, Walau hidup dalam kedai...

Manusia

Manusia,  Yang sering durhaka, Yang sering bermuka, Yang sering lupa, Yang acap kali terjatuh di lembah binasa, Yang suka menjaja cerita, Yang malu untuk bertanya, Yang malas untuk berjaya. Itulah manusia, Bila mahu sedar? Bila mahu bangkit? Aku agak jawapannya; SAMPAI MAUT MENDATANG.