Posts

Showing posts from November, 2018

Rehlah Tarbiah

Di keheningan subuh, sejuk yang mencengkam Kupasrahkan semuanya dengan jalan berusaha bahawa kegetiran adalah makna bagian dari kasihNya Semoga aku masih dalam taat dan sabar. Tadinya aku berharap jika, bahkan semoga dalam balutan doa.  Itu dulu, saat aku dirajai oleh harap yang tak pantas. Saat aku lupa, bahawa berharap kepada Allah adalah sebaik-baik pengharapan Aku akui, temu pisah merupakan rahsia yang tidak untuk menjadikan kita lupa bahawa yang mengaturkan segala perihal kehidupan adalah Dia Yang Maha Segala. Berpindahlah kepada perenungan, bahawa hidup adalah persinggahan, segala yang tidak kekal. Dan sungguh! Rindu tidak perlu jadi dendang murahan, yang menghiasi telinga-telinga pendengar . Bersabarlah dengan telinga mencekam, yang sakitnya akan reda saat di ujung jumpa, yang perihnya akan sirna, saat semua sudah bersua. 29.11 || MH Btw thanks sebab hantarkan orang الله يحفظك

Brother

Image
Kadang-kadang aku appreciate someone Bukan sebab dia banyak tolong aku pun Bukan sebab ada pertalian darah pun Tapi aku hargai nilai yang ada pada dia Budi yang dia tunjuk Sifat dia yang semulajadi Yeah kehidupan aku berbeza dari orang lain I admit it. Aku respect dia Orang cakap dia macam abang aku  Tapi itulah, hakikatnya bukan Aku harap ukhwah ini kekal Terima kasih atas segalanya Pegang dan jagalah ‘hadiah’ itu Aku tidak tahu kenapa dan mengapa Kita dipertemukan Aku yakin ada hikmah yang Tuhan hendak tunjuk Jika bukan sekarang, pasti di hari mendatang Terima kasih ‘abang’.