Posts

Showing posts from June, 2025

2104 - 0708 : HLA

 Rindu Satu sebab untuk kita rindu Jarak memisahkan dua orang yang bersatu hati Percayalah cinta, Walau sejauh mana pun kita, sayang aku pada mu tidak akan berkurang  Malahan akan sentiasa bertambah  Bila dia tanya, sampai bila perasaan sayang ini boleh kekal? Jauh di sudut hati soalan itu membuatku takut Dunia yang luas terasa gelap serta merta Sebab tiada jawapan yang pasti Cuma satu yang pasti,  Orang jaga awak selagi orang boleh ya? Orang bijak sebut, "penantian itu suatu yang menyiksa" Dulu aku tak faham. Tapi bila kita berjauhan baru aku sedar Cinta bukan sekadar kau sebut "i love you" sahaja Tapi cinta adalah bila mana kau mampu tanggung rasa rindu yang berpanjangan Cinta juga bila mana kau boleh turunkan ego bila bersama dia Cinta juga bila mana kau mampu korbankan apa yang kau sayang untuk buat si dia tersenyum Cinta juga bila mana kau tak terasa penat melayan dia dan cinta juga mengajar kau bahawasanya menyukai seseorang adalah suatu nikmat anugerah Tuhan...