2104 - 0708 : HLA

 Rindu

Satu sebab untuk kita rindu

Jarak memisahkan dua orang yang bersatu hati

Percayalah cinta,

Walau sejauh mana pun kita, sayang aku pada mu tidak akan berkurang 

Malahan akan sentiasa bertambah 


Bila dia tanya, sampai bila perasaan sayang ini boleh kekal?

Jauh di sudut hati soalan itu membuatku takut

Dunia yang luas terasa gelap serta merta

Sebab tiada jawapan yang pasti

Cuma satu yang pasti, 

Orang jaga awak selagi orang boleh ya?


Orang bijak sebut, "penantian itu suatu yang menyiksa"

Dulu aku tak faham. Tapi bila kita berjauhan baru aku sedar

Cinta bukan sekadar kau sebut "i love you" sahaja

Tapi cinta adalah bila mana kau mampu tanggung rasa rindu yang berpanjangan

Cinta juga bila mana kau boleh turunkan ego bila bersama dia

Cinta juga bila mana kau mampu korbankan apa yang kau sayang untuk buat si dia tersenyum

Cinta juga bila mana kau tak terasa penat melayan dia

dan cinta juga mengajar kau bahawasanya menyukai seseorang adalah suatu nikmat anugerah Tuhan yang tidak akan diperolehi daripada orang yang tidak menghargai kau.


Comments

Popular posts from this blog

DrAH. 2,627,094 aft.

Ps.itu.b