aft. 1234567890
Hari pertama kita bertemu,
Tidak ku sangka semudah itu mata berkaca,
Kadang-kadang Tuhan hadirkan seseorang tepat tika dan waktu nya,
Tak terungkap kata-kata tatkala air mata deras mengalir,
Diuji hebat dengan ujian yang melanda diri, langsung tidak pernah terlintas di benak fikiran ku.
Di maki dan di buang, tidak diendah perasaan diri,
Ya. Aku sendiri.
Baru aku rasa betapa lemahnya berharap pada manusia, betapa luluhnya hati mendengar kata dusta dan sumpah seranah,
Dari manusia yang dianggap penolong dan pendamping, rupanya tidak begitu indah.
Saat itu, aku ditampar sekuat-kuatnya oleh ujian yang membuatku jatuh tersungkur ke bumi, merebah badan tidak terdaya mengharungi ujian ini.
Dunia yang dahulunya semacam syurga, kini bertukar menjadi segelap-gelapnya dan sepedih-pedihnya neraka.
Malamku dihujani air mata yang entah datang dari mana, membasahi pipi hingga terbit fajar mentari. Begitulah hari demi hari.
Tapi,
Terima kasih Tuhan kerana Engkau berikan kekuatan sehebat ujian ini.
Kau hadirkan insan yang memahami, Kau hadirkan seorang manusia yang aku mengadu peritnya ujian ini.
Tempat untuk menyuarakan segala macam apa yang terbuku di dalam hati ini.
Sungguh, pelihara dia Tuhan.
Pelihara dia dari segala yang boleh mematahkan kebaikan dia.
Terima kasih untuk segalanya sayang.
Comments
Post a Comment